Tentang SP

SembangProgramming dibangunkan untuk memberi maklumat mengenai pengaturcaraan / pembangunan perisian secara umumnya dalam Bahasa Melayu. Walaupun agak mustahil untuk memberi penerangan 100% dalam bahasa melayu, maka akan terdapat beberapa istilah yang dikekalkan dalam bahasa inggeris.

Mengapa ‘programming’ dan bukan pengaturcaraan?

Bila anda hendak mencetak sesuatu, anda sebut ‘printer’ ataupun pencetak? Sudah tentu printer. Lagipun untuk mengelakkan kekeliruan, jika anda pergi bekerja, baikpun dalam bidang IT ataupun civil engineering, istilah dalam bahasa melayu amat jarang digunapakai kecuali didalam dokumen rasmi. Lagipun sembangpengaturcaraan.com tu agak panjang.

Disebalik SembangProgramming.com…

..adalah seorang insan bernama Khairul Anuar. Mula menggunakan komputer pada tahun 1995, ketagih pada IRC pada tahun 1997 dan mula memupuk minat apabila kagum terhadap apa yang boleh dilakukan melalui aktiviti yang dikenali sebagai ‘programming’. Alam pekerjaan bermula pada tahun 2004 sebagai pengaturcara menggunakan Perl bagi membangunkan perisian Sumber Manusia dan telah melalui pelbagai jenis cabaran (walaupun tak seberapa, tetapi masih banyak) sehinggalah masa kini.