Archive for the ‘Web’ Category

Rekabentuk dan Kebolehgunaan Antaramuka Pengguna

Posted by mkhairul

Rekabentuk dan Kebolehgunaan, bagi yang keliru, dalam bahasa inggeris ianya adalah Design and Usability. Pos ini hanyalah coretan mengenai rekabentuk dan kebolehgunaan pada aplikasi-aplikasi web.

usability

Gambar yang terakhir banyak dilihat pada web aplikasi kerajaan. Seboleh-boleh nak sumbat semua benda, dan kadang-kadang pengaturcara terpaksa akur pada permintaan pengguna (ye lah, tak akur nanti tak nak sign UAT, hehe). Antara cara yang boleh dilakukan adalah menerangkan secara rasional dan saintifik tentang keputusan yang diambil dan impak daripada permintaan pengguna dengan harapan dapat memberi pilihan yang lebih baik daripada kehendaknya dan juga dapat meyakinkan pengguna akan keputusan dan kepakaran perekabentuk sistem.

Satu kes terpencil yang saya jumpa adalah pada waktu saya membuat demonstrasi aplikasi pada sebuah GLC. Ketua Pegawai Eksekutifnya (seorang ekspatriat UK) meminta supaya aplikasi tersebut mempunyai ciri-ciri yang digunapakai oleh Google (rujuk pada Google Apps). Minimalist pada antaramuka tapi kaya dengan fungsi disebalik tabir walaupun pada pendapat saya aplikasi yang saya demo itu agak bagus antaramukanya.

Motifnya adalah untuk mengurangkan click untuk melaksanakan sesuatu objektif kerana majoriti pelanggannya adalah ahli perniagaan, direktor dan orang-orang korporat. Saya amat memahami kehendaknya dan seringkali hendak mengutarakan dalam pembangunan aplikasi web di tempat saya bekerja tetapi tidak berkesampaian kerana selalunya kesuntukan masa (dan kekurangan orang).

Saya memang gemar minimalisme, tetapi bukan semua tempat boleh digunakan dan kadangkala agak sukar meyakinkan orang. Kerana ianya seperti lapang, tiada apa apa, seboleh-bolehnya orang nak sumbat sesuatu di setiap pelosok ruang pada antaramuka tersebut.

Contoh terdekat minimalisme yang boleh saya berikan adalah pada aplikasi yang saya siapkan baru baru ini (bukan untuk GLC yang saya ceritakan diatas).
(more…)

jQuery: Perbezaan diantara $(document).ready dan $(window).load

Posted by mkhairul

logo_jquery_215x53
Disini saya akan post mengenai sesuatu lebih teknikal. Anda pernah menggunakan jQuery? Jika tak, maka anda perlu mencubanya :D

Apabila kita nak sesuatu fungsi dalam javascript dilaksanakan apabila web telah dimuat turun, kita akan menggunakan samada $(document).ready ataupun $(window).load. Jadi apakah perbezaannya?

$(document).ready(function(){
  // kod disini
})

Fungsi didalam $(document).ready dilaksanakan apabila Document Object Model (DOM) siap sedia digunakan, dengan erti kata lain, apabila semua element HTML (semua isi kandungan didalam ) telahpun dimuat turun.

$(window).load(function(){
 // kod disini
})

Manakala fungsi didalam $(window).load dilaksanakan apabila kesemua element DOM dan juga imej-imej telahpun dimuat turun.

Jadi jika anda hendak mengubahsuai imej-imej (crop, resize, alignment, dsbnya) anda perlu menggunakan $(window).load. Jika anda hendak membuat skrin preload untuk aplikasi web anda, maka perlu menggunakan $(document).load. Guna dua-dua pun tidak mengapa, satu untuk preload dan satu lagi untuk manipulasi imej.

Itu saja setakat ini, selamat programming!

Sumber

Peranan Firefox dalam Pembangunan Web

Posted by mkhairul
firefoxSiapa tidak kenal akan perisian untuk melayari web Mozilla Firefox? (Sila ikuti link untuk maklumat lanjut). Tidak ramai yang mengenali betapa besarnya peranan Firefox dalam pembangunan web. Saya tidak menggunakan Firefox sepenuhnya untuk melayari web kerana Google Chrome memenuhi kehendak saya untuk itu, akan tetapi, dalam membangunkan aplikasi atau laman web, tiada pengganti bagi Firefox.
Kenapa?
Semuanya kerana sambungan-sambungan (extension) yang terdapat pada Firefox. Terutamanya Firebug. Add-on ini dapat berkali ganda memudahkan pembangunan web.
  • Anda boleh meneliti sesuatu elemen dengan mudah kerana firebug menyenaraikan sebarang rujukan CSS yang digunakan oleh elemen tersebut.
  • Mengedit HTML secara terus melalui antaramuka (User Interface) firebug.
  • Memudahkan proses nyahpijat (english: debug; aduh, pening dengan istilah-istilah nih) javascript melalui console firebug.
  • dan pelbagai lagi kemudahan, anda harus cuba untuk lebih memahami dan merasai nikmat yang dapat diberikannya :D .
firebug
Selain dari firebug, terdapat beberapa lagi sambungan yang penting dalam pembangunan web.

Mungkin ada banyak lagi yang digunakan oleh pengaturcara-pengaturcara web diluar sana, tapi yang kerap saya gunakan adalah firebug, web developer extension dan juga selenium. Ia bergantung pada keperluan masing-masing.

Buat masa ini saya memberi ulasan ringkas mengenai Firebug, tetapi penggunaannya amatlah penting dalam proses debugging. SeleniumIDE yang tidak ramai mengetahui mengenainya juga amat penting dalam proses testing kerana ia memberi keupayaan untuk melakukan automated testing (tak perlu letih-letih buat benda yang sama berulang-ulang).

Video Rekabentuk Web dalam 2 minit

Posted by mkhairul

Antara video kegemaran saya. Video ‘time-lapse‘ yang menunjukkan proses rekabentuk / pembangunan laman web. Musiknya juga amat menenangkan.

Web Design in 2 Minutes

Saya ada merekod beberapa video ditempat kerja saya sebelum ni dalam membangunkan perisian untuk institusi pendidikan swasta. Malangnya video-video tersebut hilang entah ke mana.