Archive for the ‘Umum’ Category

Membuat penganggaran masa untuk tugasan

Posted by mkhairul

Salah satu daripada aktiviti yang selalu dilakukan pada masa kerja ialah membuat penganggaran masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Melainkan anda mempunyai pengalaman membuat tugasan yang diberikan, elakkan daripada memberi anggaran secara spontan (kerana ianya akan kembali menyusahkan hidup anda kelak).

Jika berada dalam situasi dimana anda diminta membuat penganggaran spontan, maka anda perlu minta sedikit masa untuk membuat penganggaran tersebut dan anda akan kembali memberikan jawapan setelah anda selesai membuat penganggaran dalam 30 minit ke satu jam. Ini juga bergantung pada situasi, jika bos anda mendesak anda memberi anggaran kerana beliau harus memberi jawapan dalam meeting sebentar lagi (ini silap bos anda juga kerana last minute), maka pada masa itu terpaksalah memberi anggaran yang tidak bersandarkan fakta (dan kemungkinan besar anda tidak dapat memenuhinya).

Tapi jangan pula tugasan macam tukar warna teks dan mengubah saiz ruangan teks mengambil masa. Itu benda remeh, dan dapat diselesaikan dengan cepat. Yang dimaksudkan adalah tugasan yang mempunyai impak terhadap fungsi aplikasi ataupun projek secara keseluruhan.

Contoh yang boleh saya berikan adalah membuat suatu borang web (form) untuk permohonan yang ringkas.

  • Borang web, mempunyai ruangan teks seperti Nama, Alamat, No. Telefon, Email, dsbnya.
  • Mempunyai antaramuka admin yang dapat melihat maklumat-maklumat pengguna daripada penghantaran borang tersebut
  • Menghantar mesej kepada pengguna melalui email bahawa permohonannya telahpun diproses dan jadual ujian percubaan akan diberikan pada mereka. Mesej email mengandungi kata pengguna, laluan, masa dan laman web untuk mengambil ujian tersebut.

Agak mudah? Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung pada pengalaman anda. Daripada keperluan pengguna tersebut, saya diminta untuk membuat anggaran. Anggaran yang dimaksudkan adalah borang dan antaramuka admin tersebut siap dan boleh dipakai.

Sebelum anda teruskan membaca, cuba anda membuat anggaran.

*tengok jam*

….. ok, sudah? Anda yakin?
Teruskan membaca untuk mendapat gambaran disebalik tabir membuat anggaran.

schedulereview13

(more…)

Selamat Datang ke Sembang Programming!

Posted by mkhairul

Selamat datang ke laman web SembangProgramming. Disini saya akan post tips, artikel dan juga coretan mengenai pengaturcaraan. Kebanyakannya adalah mengenai aplikasi web.

Laman web ini agak baru dibangunkan, sebarang soalan dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut mengenai laman web ini, sila pergi ke Tentang SembangProgramming.