Archive for the ‘ui’ Category

Cheat Sheet untuk Blueprint CSS Framework

Posted by mkhairul

Cheat sheet terbaru untuk blueprintcss dah dikeluarkan. Aku ni pengguna setia framework ni. Memudahkan kerja, tak perlu fikir implementasi grid pada browser yang berlainan dan pelbagai lagi.

Cuma jenis font je sekarang ni citarasa dah agak berubah. Lebih gemar “baskerville,palatino,’palatino linotype’,georgia,serif” untuk Title dan Header text, macam website jontangerine.com.

Pembayang (watermark/input hint) pada input box

Posted by mkhairul

Kalau ada input box sahaja, tak banyak membantu. Kena ada pembayang, apa yang harus aku taip pada input box ni, label sahaja pun kadang-kadang tak membantu, kalau boleh, user ni nak kita pegang jari dia tolong tekan kan untuk dia. Tapi melampau la kan, kita pun ada kerja lain.. so kita beri pembayang, tentang apa yang perlu dimasukkan.

Contohnya, input box dibawah

Memang simple habis. Tapi kalau ditambah, “hint” dibawahnya, jadi gini pulak..

Ok la tu.. ada hint. Tapi disesetengah situasi, nak kena hint tu ada DALAM text box tu. Macam ni..

Ni dia panggil watermark. Aku pun tak pasti apsal dia panggil watermark, aku lagi suka “input hint” tapi ape-ape je lah.

Jadi, watermark tu digunakan seperti berikut..


Haaaaa.. tu dia. Nanti ko mesti pasti teriak, TAPI APSAL DIA MACAM BIASA JE, TAK KELABU PUN WATERMARK TU. Aku, kalau ada sebelah ko, aku pasti akan membuat look of disapproval.

ಠ_ಠ

Ye lah, ko tak apply CSS dia, macam mana dia nak jadi kelabu. So, taruk nih.

.watermark{ color: #999999 !important; font-style: italic; }

Yang ni aku implement dalam aplikasi aku.

Ha, gitu lah kisahnya watermark dan “input hint” untuk setakat ni. Pembayang ni takde hal nak letak mana pun, bawah ke, dalam ke, asalkan ada. Baru nampak “canggih” sket. Haha.

Takde la, kadang-kadang benda kecik ni orang tak perasan, tapi kalau ada, ianya membantu. Dan benda-benda kecik ni memang banyak (sikit kat situ, sikit kat sini) dan aku kategorikan sebagai “remeh”. Tapi tu la, remeh ni la yang buat aplikasi jadi best. Macam sikit-sikit jadi bukit gitu. IT ALL ADDS UP TO DA TOTAL USER EXPERIENCE (walaupun usernya aku sorang je). Ha.. jadi setakat ni saja semoga berjumpa lagi untuk bersembang di post yang akan datang.

Rekabentuk dan Kebolehgunaan Antaramuka Pengguna

Posted by mkhairul

Rekabentuk dan Kebolehgunaan, bagi yang keliru, dalam bahasa inggeris ianya adalah Design and Usability. Pos ini hanyalah coretan mengenai rekabentuk dan kebolehgunaan pada aplikasi-aplikasi web.

usability

Gambar yang terakhir banyak dilihat pada web aplikasi kerajaan. Seboleh-boleh nak sumbat semua benda, dan kadang-kadang pengaturcara terpaksa akur pada permintaan pengguna (ye lah, tak akur nanti tak nak sign UAT, hehe). Antara cara yang boleh dilakukan adalah menerangkan secara rasional dan saintifik tentang keputusan yang diambil dan impak daripada permintaan pengguna dengan harapan dapat memberi pilihan yang lebih baik daripada kehendaknya dan juga dapat meyakinkan pengguna akan keputusan dan kepakaran perekabentuk sistem.

Satu kes terpencil yang saya jumpa adalah pada waktu saya membuat demonstrasi aplikasi pada sebuah GLC. Ketua Pegawai Eksekutifnya (seorang ekspatriat UK) meminta supaya aplikasi tersebut mempunyai ciri-ciri yang digunapakai oleh Google (rujuk pada Google Apps). Minimalist pada antaramuka tapi kaya dengan fungsi disebalik tabir walaupun pada pendapat saya aplikasi yang saya demo itu agak bagus antaramukanya.

Motifnya adalah untuk mengurangkan click untuk melaksanakan sesuatu objektif kerana majoriti pelanggannya adalah ahli perniagaan, direktor dan orang-orang korporat. Saya amat memahami kehendaknya dan seringkali hendak mengutarakan dalam pembangunan aplikasi web di tempat saya bekerja tetapi tidak berkesampaian kerana selalunya kesuntukan masa (dan kekurangan orang).

Saya memang gemar minimalisme, tetapi bukan semua tempat boleh digunakan dan kadangkala agak sukar meyakinkan orang. Kerana ianya seperti lapang, tiada apa apa, seboleh-bolehnya orang nak sumbat sesuatu di setiap pelosok ruang pada antaramuka tersebut.

Contoh terdekat minimalisme yang boleh saya berikan adalah pada aplikasi yang saya siapkan baru baru ini (bukan untuk GLC yang saya ceritakan diatas).
(more…)