Archive for the ‘javascript’ Category

Belang pada table (zebra stripe)

Posted by mkhairul

Berikut adalah cara untuk format table supaya mempunya ‘zebra stripe‘. Sesetengah orang kata, bantuan yang diberikan oleh zebra stripe ni hanyalah mitos dalam meningkatkan keboleh bacaan data dalam bentuk jadual (tabular). Data daripada kajian (Zebra Stripes: Does it really help?) yang dijalankan oleh Jessica Enders di A List Apart menyatakan yang ianya membantu. Pada diri saya, ia membantu, entahlah, lain orang lain cara dibantu.

Berikut adalah cara saya menggunakannya dalam bentuk javascript.

$(document).ready(function(){
  $("table tbody tr:nth-child(odd)").addClass("odd");
})

Dimana ia akan memasukkan class ‘odd’ kedalam baris yang ganjil dan formatkan dalam bentuk berikut:

tr.odd{ background-color: #C3D9FF; }

Edit: Terlupa nak beritahu, anda memerlukan jquery.

jQuery: Perbezaan diantara $(document).ready dan $(window).load

Posted by mkhairul

logo_jquery_215x53
Disini saya akan post mengenai sesuatu lebih teknikal. Anda pernah menggunakan jQuery? Jika tak, maka anda perlu mencubanya :D

Apabila kita nak sesuatu fungsi dalam javascript dilaksanakan apabila web telah dimuat turun, kita akan menggunakan samada $(document).ready ataupun $(window).load. Jadi apakah perbezaannya?

$(document).ready(function(){
  // kod disini
})

Fungsi didalam $(document).ready dilaksanakan apabila Document Object Model (DOM) siap sedia digunakan, dengan erti kata lain, apabila semua element HTML (semua isi kandungan didalam ) telahpun dimuat turun.

$(window).load(function(){
 // kod disini
})

Manakala fungsi didalam $(window).load dilaksanakan apabila kesemua element DOM dan juga imej-imej telahpun dimuat turun.

Jadi jika anda hendak mengubahsuai imej-imej (crop, resize, alignment, dsbnya) anda perlu menggunakan $(window).load. Jika anda hendak membuat skrin preload untuk aplikasi web anda, maka perlu menggunakan $(document).load. Guna dua-dua pun tidak mengapa, satu untuk preload dan satu lagi untuk manipulasi imej.

Itu saja setakat ini, selamat programming!

Sumber