CamelCase
Posted by mkhairulApa itu CamelCase?
Di wikipedia dia tulis, gabungan perkataan dimana setiap element (perkataan) dicantum tanpa menggunakan ruang kosong (space) dan setiap huruf di permulaan perkataan adalah besar (capital letter).
Contohnya jika anda mempunyai fungsi yang dipanggil..
get_items_in_list
Dalam CamelCase, ia ditulis sebegini,
GetItemsInList
Saya lebih menggemari pemisahan perkataan dengan menggunakan underscore ( _ ), dalam penamaan fungsi (function). Senang nak baca, walaupun agak panjang, tapi senang nak baca tu yang penting.
Tapi yang penting, kena konsisten. Jangan sekejap CamelCase sekejap , sekejap benda lain. Kena ada guideline untuk cara penulisan. Kalau setiap programmer ada style masing-masing (ada yang takdak style, ikut sedap hati dan mood. Sekejap camelcase, sekejap hungarian notation, etc) haru-biru la gamaknya. Dan kalau kena maintain sistem, programmer sebelum ni dah pakai CamelCase secara konsisten terpaksa la ikut.
Oleh kerana saya telah menulis pelbagai kod sebagai projek sampingan (pet project) yang tidak dapat disiapkan (tiba-tiba banyak pulak kerja) dan dibiarkan terbengkalai selama 3-6 bulan (ada yang sampai bertahun) dan kemudiannya saya sambung balik, ianya secara tidak langsung melatih saya untuk menulis kod dengan lebih teliti supaya pada masa akan datang saya dapat memahami kod yang ditulis dan sambung menulis kod tersebut.
Ok, setakat tu sahaja untuk hari ni. Nak kena sambung baca kod orang (dan baiki indentation, *sigh*, masih ramai tak reti guna IDE dengan betul).
Selamat Programming!
This entry was posted on Thursday, July 29th, 2010 at 11:58 am and is filed under pengalaman, programming, Tip. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.