Banding antara skema pangkalan data (compare database schema) dalam MSSQL

Posted by mkhairul

Sebelum saya terlupa nak blog pasal benda ni, baik saya post terus.

Memang amat jarang sekali saya menggunakan Microsoft SQL Server (MSSQL). Jadi, bila sampai bab nak bandingkan skema pangkalan data, memang blur sikit.

Bila tanya pakcik G (G untuk Google) kita, memang bertimbun la product sana sini, macam-macam Red-Gate la, dbForge la, dan sebagainya. Ada yang kata Visual Studio Team Edition ada fungsi untuk compare database schema, yang tu saya memang tak tau kerana saya bukan pengguna tegar Visual Studio.

Apa yang saya jumpa agak ringkas dan mudah, percuma dan open source, Open DBDiff.

Memang menepati kehendak dan keperluan saya pada masa ini. Jadi saya harap sedikit sebanyak post ni dapat membantu. Selamat programming!

This entry was posted on Tuesday, July 20th, 2010 at 11:46 am and is filed under Umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Comment