Archive for July, 2010

CamelCase

Posted by mkhairul

Apa itu CamelCase?
Di wikipedia dia tulis, gabungan perkataan dimana setiap element (perkataan) dicantum tanpa menggunakan ruang kosong (space) dan setiap huruf di permulaan perkataan adalah besar (capital letter).

Contohnya jika anda mempunyai fungsi yang dipanggil..

get_items_in_list

Dalam CamelCase, ia ditulis sebegini,

GetItemsInList

Saya lebih menggemari pemisahan perkataan dengan menggunakan underscore ( _ ), dalam penamaan fungsi (function). Senang nak baca, walaupun agak panjang, tapi senang nak baca tu yang penting.

Tapi yang penting, kena konsisten. Jangan sekejap CamelCase sekejap , sekejap benda lain. Kena ada guideline untuk cara penulisan. Kalau setiap programmer ada style masing-masing (ada yang takdak style, ikut sedap hati dan mood.  Sekejap camelcase, sekejap hungarian notation, etc) haru-biru la gamaknya.  Dan kalau kena maintain sistem, programmer sebelum ni dah pakai CamelCase secara konsisten terpaksa la ikut.

Oleh kerana saya telah menulis pelbagai kod sebagai projek sampingan (pet project) yang tidak dapat disiapkan (tiba-tiba banyak pulak kerja) dan dibiarkan terbengkalai selama 3-6 bulan (ada yang sampai bertahun) dan kemudiannya saya sambung balik, ianya secara tidak langsung melatih saya untuk menulis kod dengan lebih teliti supaya  pada masa akan datang saya dapat memahami kod yang ditulis dan sambung menulis kod tersebut.

Ok, setakat tu sahaja untuk hari ni. Nak kena sambung baca kod orang (dan baiki indentation, *sigh*, masih ramai tak reti guna IDE dengan betul).

Selamat Programming!

Banding antara skema pangkalan data (compare database schema) dalam MSSQL

Posted by mkhairul

Sebelum saya terlupa nak blog pasal benda ni, baik saya post terus.

Memang amat jarang sekali saya menggunakan Microsoft SQL Server (MSSQL). Jadi, bila sampai bab nak bandingkan skema pangkalan data, memang blur sikit.

Bila tanya pakcik G (G untuk Google) kita, memang bertimbun la product sana sini, macam-macam Red-Gate la, dbForge la, dan sebagainya. Ada yang kata Visual Studio Team Edition ada fungsi untuk compare database schema, yang tu saya memang tak tau kerana saya bukan pengguna tegar Visual Studio.

Apa yang saya jumpa agak ringkas dan mudah, percuma dan open source, Open DBDiff.

Memang menepati kehendak dan keperluan saya pada masa ini. Jadi saya harap sedikit sebanyak post ni dapat membantu. Selamat programming!