Tor

Posted by mkhairul

Sebelum ni, ada tempat yang tidak membenarkan saya untuk download daripada Sourceforge. Bila saya gunakan Tor, ia tidak dapat menyekat saya daripada download kerana sumber data yang datang dan pergi adalah bukan daripada/kepada sourceforge, ianya datang daripada rangkaian Tor.

Oleh kerana data melalui rangkaian Tor, ianya akan menjadi agak perlahan. Terpaksa berkompromi lah kalau nak akses kepada benda-benda yang di halang (youtube, facebook, etc).

Ada beberapa cara untuk menggunakan Tor (apabila anda telah install), dan cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan plugin firefox, Torbutton.

Setakat ni tidak berkesempatan untuk mencubanya ditempat-tempat yang menghalang website seperti youtube dan facebook. Kerana bergantung juga pada cara website-website tersebut dihalang. Jika trafik HTTP dihalang secara “traffic analysis“, maka tak boleh juga la.

Ada discussion dalam BM kat ubuntu malaysia.

Selamat memuat turun!

This entry was posted on Tuesday, June 22nd, 2010 at 11:45 am and is filed under Tip. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Comment