Archive for June, 2010

Clean Code Cheatsheet

Posted by mkhairul

Bagi sesiapa yang mengikut perkembangan Agile Software Development, nama yang sepatutnya tidak asing lagi adalah Robert C. Martin, atau lebih dikenali sebagai Unclebob.

Beliau banyak mengetengahkan mengenai kod yang bersih, untuk maklumat lanjut, bolehlah dapatkan bukuClean Code: A Handbook of Agile Software Craftsmanship.

Ianya telah dirumuskan sebagai rujukan dalam bentuk cheatsheet. Senang la sikit nak rujuk!

Apakah itu cheatsheet?

Posted by mkhairul

Masa peperiksaan atau ujian dibangku sekolah ataupun university, pernahkah anda menggunakan nota kecil yang terselindung sebagai rujukan?

Ha! Itulah cheatsheet. Sekeping kertas yang mempunyai nota ringkas mengenai sesuatu topik. Dalam pembangunan perisian ni, terlalu banyak perkara yang perlu dirujuk (HTML, CSS, Javascript, OOP, Domain Driven Design, dan sebagainya), kalau nak rujuk setiap satu topic pada buku, memang jenuh la nak membelek buku-buku tu.

Sekarang ni, dah banyak cheatsheet yang terdapat di internet, taip je apa kat pakcik Google, mesti ada punya. SVN? Git? Mercurial? CMS kegermaran seperti Drupal? Joomla? Semua ada cheatsheet.

Antara website yang saya selalu pergi untuk mendapatkan cheatsheet adalah Addedbytes (dulu dikenali sebagai ilovejackdaniels.com tapi lawyer Jack Daniels dok hantar cease and desist letter kat owner suruh tukar nama).
Antara Cheatsheet yang ada kat situ:

  • HTML
  • CSS
  • PHP
  • Python
  • Subversion
  • mod_rewrite
  • Regular Expressions
  • Ruby on Rails
  • MySQL

Tak cukup? Nak lagi? Haaa ni dia, RefCardz (Free Cheatsheets for developers)
Print dan letak la kat cubicle anda supaya senang untuk dirujuk.

Selamat programming!

Tor

Posted by mkhairul

Sebelum ni, ada tempat yang tidak membenarkan saya untuk download daripada Sourceforge. Bila saya gunakan Tor, ia tidak dapat menyekat saya daripada download kerana sumber data yang datang dan pergi adalah bukan daripada/kepada sourceforge, ianya datang daripada rangkaian Tor.

Oleh kerana data melalui rangkaian Tor, ianya akan menjadi agak perlahan. Terpaksa berkompromi lah kalau nak akses kepada benda-benda yang di halang (youtube, facebook, etc).

Ada beberapa cara untuk menggunakan Tor (apabila anda telah install), dan cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan plugin firefox, Torbutton.

Setakat ni tidak berkesempatan untuk mencubanya ditempat-tempat yang menghalang website seperti youtube dan facebook. Kerana bergantung juga pada cara website-website tersebut dihalang. Jika trafik HTTP dihalang secara “traffic analysis“, maka tak boleh juga la.

Ada discussion dalam BM kat ubuntu malaysia.

Selamat memuat turun!