Reset borang menggunakan jQuery
Posted by mkhairul
Post kali ini agak pendek, hanya untuk mencatatkan sesuatu tentang jQuery iaitu cara untuk reset borang. Reset borang adalah antara elemen-elemen yang dimasukkan kedalam borang (selain input validation, input constraint, etc) tetapi ianya bukanlah mandatori, bergantung pada jenis borang.
Jika tak kena cara, menambakah serabut dan rimas pada pengguna. Dibawah adalah contoh kod javascript yang menggunakan library jQuery.
$('#reset_button').click(function(){
$(':input','#myform')
.not(':button, :submit, :reset, :hidden')
.val('')
.removeAttr('checked')
.removeAttr('selected');
})
Tetapi terdapat kelemahan didalam cara diatas dimana jika sesuatu elemen mempunyai nilai lalai (default value), ianya akan dipadamkan sekali. Dibawah adalah contoh input yang mempunyai nilai lalai.
Maka cara terbaik adalah menggunakan function reset dimana nilai untuk elemen akan dikembalikan kepada nilai yang berada didalam attribute ‘value’.
$('#reset_button').click(function(){
$('#myform')[0].reset();
})
Tips: Jika anda menggunakan cara yang kedua (iaitu menggunakan function reset()), elakkan daripada mengguna ‘reset’ sebagai ID elemen anda. Nanti tak jadi!
Selamat programming!
Sumber:
This entry was posted on Friday, April 16th, 2010 at 4:06 pm and is filed under javascript, Tip, Web. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.