Pemilihan Tarikh dan Masa dalam Borang (Date and Time picker)
Posted by mkhairulTerdapat sebuah borang (didalam bentuk Word) yang diberikan pada saya dimana ia perlu ditukar kedalam bentuk borang html. Salah satu ruangan (input field) yang perlu di penuhkan oleh pengguna adalah tarikh dan masa.
Contoh terbaik yang saya ingat adalah Google Calendar seperti berikut

Saya terjumpa timepicker yang agak ringkas yang hampir serupa dengan google calendar timepicker. 
Untuk datepicker pula saya menggunakan jQuery datepicker tersebut.

Dengan menggabungkan kedua-dua plugin tersebut, ianya kelihatan sama seperti google calendar’s datetime picker.
Walaupun ianya adalah 2 ruangan yang berbeza (date start, time start), pada bahagian pemprosesannya (backend) saya menyambungkannya kepada satu string dalam bentuk timestamp. Mudah untuk digunakan dan dimanipulasi.
Contoh borang yang ditunjukkan disini kelihatan agak ringkas tetapi memerlukan 3 table untuk menyimpan data-datanya. Tetapi ianya memerlukan post yang baru untuk menunjukkan keseluruhan antara muka borang tersebut dan pemprosesan disebalik tabir.
Maka, setakat ini sahaja. Selamat Programming!
This entry was posted on Monday, April 12th, 2010 at 4:39 pm and is filed under Umum, Web. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Can you show me the code to combine date & time picker?
August 29th, 2011 at 10:24 amplease, It’ll be very helpfull for me, thanks