Rekabentuk dan Kebolehgunaan Antaramuka Pengguna
Posted by mkhairulRekabentuk dan Kebolehgunaan, bagi yang keliru, dalam bahasa inggeris ianya adalah Design and Usability. Pos ini hanyalah coretan mengenai rekabentuk dan kebolehgunaan pada aplikasi-aplikasi web.
Gambar yang terakhir banyak dilihat pada web aplikasi kerajaan. Seboleh-boleh nak sumbat semua benda, dan kadang-kadang pengaturcara terpaksa akur pada permintaan pengguna (ye lah, tak akur nanti tak nak sign UAT, hehe). Antara cara yang boleh dilakukan adalah menerangkan secara rasional dan saintifik tentang keputusan yang diambil dan impak daripada permintaan pengguna dengan harapan dapat memberi pilihan yang lebih baik daripada kehendaknya dan juga dapat meyakinkan pengguna akan keputusan dan kepakaran perekabentuk sistem.
Satu kes terpencil yang saya jumpa adalah pada waktu saya membuat demonstrasi aplikasi pada sebuah GLC. Ketua Pegawai Eksekutifnya (seorang ekspatriat UK) meminta supaya aplikasi tersebut mempunyai ciri-ciri yang digunapakai oleh Google (rujuk pada Google Apps). Minimalist pada antaramuka tapi kaya dengan fungsi disebalik tabir walaupun pada pendapat saya aplikasi yang saya demo itu agak bagus antaramukanya.
Motifnya adalah untuk mengurangkan click untuk melaksanakan sesuatu objektif kerana majoriti pelanggannya adalah ahli perniagaan, direktor dan orang-orang korporat. Saya amat memahami kehendaknya dan seringkali hendak mengutarakan dalam pembangunan aplikasi web di tempat saya bekerja tetapi tidak berkesampaian kerana selalunya kesuntukan masa (dan kekurangan orang).
Saya memang gemar minimalisme, tetapi bukan semua tempat boleh digunakan dan kadangkala agak sukar meyakinkan orang. Kerana ianya seperti lapang, tiada apa apa, seboleh-bolehnya orang nak sumbat sesuatu di setiap pelosok ruang pada antaramuka tersebut.
Contoh terdekat minimalisme yang boleh saya berikan adalah pada aplikasi yang saya siapkan baru baru ini (bukan untuk GLC yang saya ceritakan diatas).
Pandangan pertama oleh pegawai-pegawai yang saya terima amat baik. Mungkin kerana mereka pengguna tegar aplikasi web masa kini? Saya tidak tahu. Saya membuat yang sebaik mungkin supaya rekabentuk dan kebolehgunaannya adalah yang terbaik untuk pengguna, mengikut perkembangan masa kini dan juga UI Design Pattern
Walaupun ia mungkin tidak sebaik mereka ini, tetapi ianya mudah dan ringkas. Bagaimana dengan antaramuka aplikasi-aplikasi anda?
Antaramuka lain yang saya hasilkan boleh dilihat pada Photostream Flickr saya.
This entry was posted on Friday, September 11th, 2009 at 6:32 am and is filed under Web, ui. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





CPanel vs Slicehost control panel:-
http://www.flickr.com/photos/k4ml/sets/72157622333065542/
September 11th, 2009 at 7:44 am