Pertandingan Pembangunan Aplikasi Web Sumber Terbuka 24 Jam di MyGOSSCON 2009
Posted by mkhairulTerdapat pertandingan yang akan diadakan oleh Kerajaan Malaysia sempena MyGOSSCON 2009 (Malaysian Government Open Source Software Conference).
Keterangan lanjut boleh didapati pada laman web acara tersebut.
Nampak macam menarik, tetapi jika saya memasuki pertandingan tersebut, aplikasi yang dibina rasanya tidak secanggih mana, kerana saya akan banyak fokus pada kebolehgunaan. Benda yang remeh-remeh seperti menu bantuan (help), tooltip, on-the-fly editable content (dengan menggunakan ajax), penerangan penggunaan aplikasi dan juga dokumentasi (yang memadai untuk pengguna).
Dengan kata lain, bergantung pada skop aplikasi web yang hendak dibangunkan, aplikasi yang dibangunkan dapat dijual setelah berlalu 24 jam pertandingan tersebut. Saya tidak tahu bagaimana pemarkahan akan diberi (ada tak info pada laman web mereka? Rasanya tiada), tetapi itulah yang akan saya lakukan. Sehaluan dengan matlamat pertandingan tersebut:
- Promote high level open source web application development skills in Malaysia.
- Enable local OSS web application development communities to grow and establish themselves.
- Encourage students to get involve in open source web application development and be well prepared for industry need.
This entry was posted on Tuesday, September 15th, 2009 at 2:59 am and is filed under Umum, Web. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.