Peranan Firefox dalam Pembangunan Web

Posted by mkhairul
firefoxSiapa tidak kenal akan perisian untuk melayari web Mozilla Firefox? (Sila ikuti link untuk maklumat lanjut). Tidak ramai yang mengenali betapa besarnya peranan Firefox dalam pembangunan web. Saya tidak menggunakan Firefox sepenuhnya untuk melayari web kerana Google Chrome memenuhi kehendak saya untuk itu, akan tetapi, dalam membangunkan aplikasi atau laman web, tiada pengganti bagi Firefox.
Kenapa?
Semuanya kerana sambungan-sambungan (extension) yang terdapat pada Firefox. Terutamanya Firebug. Add-on ini dapat berkali ganda memudahkan pembangunan web.
  • Anda boleh meneliti sesuatu elemen dengan mudah kerana firebug menyenaraikan sebarang rujukan CSS yang digunakan oleh elemen tersebut.
  • Mengedit HTML secara terus melalui antaramuka (User Interface) firebug.
  • Memudahkan proses nyahpijat (english: debug; aduh, pening dengan istilah-istilah nih) javascript melalui console firebug.
  • dan pelbagai lagi kemudahan, anda harus cuba untuk lebih memahami dan merasai nikmat yang dapat diberikannya :D .
firebug
Selain dari firebug, terdapat beberapa lagi sambungan yang penting dalam pembangunan web.

Mungkin ada banyak lagi yang digunakan oleh pengaturcara-pengaturcara web diluar sana, tapi yang kerap saya gunakan adalah firebug, web developer extension dan juga selenium. Ia bergantung pada keperluan masing-masing.

Buat masa ini saya memberi ulasan ringkas mengenai Firebug, tetapi penggunaannya amatlah penting dalam proses debugging. SeleniumIDE yang tidak ramai mengetahui mengenainya juga amat penting dalam proses testing kerana ia memberi keupayaan untuk melakukan automated testing (tak perlu letih-letih buat benda yang sama berulang-ulang).

This entry was posted on Monday, August 24th, 2009 at 5:08 am and is filed under Tip, Web. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Peranan Firefox dalam Pembangunan Web”

  1. aman Says:

    chrome pun boleh wat debugging kan?

  2. mkhairul Says:

    yup, saya hanya pernah try menggunakan Chrome Inspector, tetapi UI nya tidak semudah Firebug (mungkin dah biasa).

    Tetapi oleh kerana Firefox digunakan lebih meluas daripada Chrome (kerana Firefox lebih stabil di linux), add-on nya lebih banyak dalam memudahkan proses debug dan pembangunan aplikasi web.

    Kalau IE6/7/8 ada IE developer toolbar ataupun boleh terus debug guna Visual Studio (ini saya tak berapa tahu sebab saya tak menggunakan visual studio).

  3. MK Says:

    Kalau Opera, ada Dragonfly. Ehm, promote jap.

  4. mkhairul Says:

    @MK Yup, Opera ada dragonfly. Tapi kita kena ingat, lagi banyak browser support lagi tinggi kos nya untuk membangunkan aplikasi web / laman web kerana memakan lebih banyak masa.

    Untuk kerajaan, target IE6 dan IE7 (ie7 dan ie8 tak jauh beza, maka tak perlu banyak testing).

    Untuk syarikat swasta, kebanyakannya sudahpun beralih ke IE7 / IE8. Tiada banyak perubahan dengan Firefox. Maka pembangunan secara umunya dapat dilakukan pada Firefox.

    Terdapat juga klien dimana pengguna laman webnya menggunakan Safari di Mac (terutamanya oversea dan dalam komuniti seni).

    Walaupun kita cuba sedaya upaya menggunakan standard web yang semantic, tidak dapat dinafikan terdapat perbezaan implementasi pada setiap browser yang mesti diharungi oleh setiap web developer.

  5. kamal Says:

    Satu lagi kegunaan Firefox – Profile. Selalu digunakan untuk ’simulate’ pelbagai jenis user yang logged in ke sistem. Walaupun sekarang dah diambil alih oleh fungsi ‘incognito mode’ dalam Chrome.

    OT: debug rasanya boleh dimelayukan. Lebih praktikal dan tak nampak janggal. BM memang bahasa yang amat fleksibel dalam menerima istilah asing.

Leave a Comment