Mempercepatkan interaksi dengan komputer
Posted by mkhairulPada mereka yang menggunakan Windows XP, klik pada start menu anda, pergi ke ‘All Programs’. Berapa banyak software yang terdapat dalam komputer anda? Apabila saya berbuat demikian, ia memaparkan 5 column yang penuh dengan software yang berada dalam komputer saya. Jika saya run perisian melalui start menu, sudah tentu ia memakan masa dan mengganggu produktiviti saya (dengan kata lain, berjanggut la gamaknya).
Jadi bagaimana? Buang perisian yang tidak selalu pakai? (tidak selalu tak bermakna tak pakai)
Jawapannya adalah menggunakan perisian yang dikenali sebagai ‘launchers‘. Launcher adalah perisian yang membolehkan anda menaip sebahagian daripada nama perisian untuk anda melancarkan perisian tersebut.
Walaupun terdapat pelbagai perisian ‘launcher’, berikut adalah yang selalu digunakan:
Saya menggunakan Launchy. Agak mudah, ringan dan UI pun ok la (walaupun tak tgk sangat pun UI). Slickrun pun ok juga, tapi ia lebih dari ‘launcher’ ia mempunyai keupayaan untuk diprogram menggunakan bahasa makro nya sendiri yang dipanggil sebagai MagicWords.
Cuba-cubalah menggunakan perisian ‘launcher’, yang mana sesuai untuk anda saya tidak tahu (sebab tulah kena cuba) tetapi yang pasti ia dapat mempercepatkan anda berinteraksi dengan komputer serta meningkatkan produktiviti anda (dan juga mengurangkan sakit jari kena klik banyak sangat).
Selamat Mencuba!
This entry was posted on Wednesday, August 26th, 2009 at 2:48 am and is filed under Tip. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Saya lebih suka Find and Run Robot (FARR) dari DonationCoder.com
Lebih pantas berbanding Launchy, pada pendapat saya.
September 7th, 2009 at 3:39 pmMotifnya bukan untuk menjadi lebih pantas (ataupun terpantas), tetapi sekadar lebih pantas daripada biasa (akses secara manual melalui start menu)
Yang FARR tu pun ok jugak. Lain orang lain citarasa.
September 7th, 2009 at 8:07 pm