Integrated Development Environment (IDE)
Posted by mkhairulSalah satu peralatan yang penting dalam perjuangan seseorang pengaturcara adalah IDE. Jika anda menggunakan Notepad++ ataupun Textpad, perisian tersebut bukanlah IDE, ianya adalah text editor. Sesuai untuk menyunting (edit) kod tetapi tidak sesuai untuk membangunkan perisian.
Saya tidak menterjemah IDE kerana saya takut akan hasil daripada terjemahan saya
, dan jika ianya diterjemahkan pun anda tidak mungkin akan digunakan kebanyakan masa (99% daripada masa anda membangunkan perisian/bekerja), melainkan anda vendor kerajaan ataupun kakitangan kerajaan, itupun didalam kertas kerja. Kalau anda tahu, dialu-alukan memberitahu saya didalam ruangan komen.
Jadi, apa yang anda cari didalam IDE? Sudah tentulah fungsi untuk memudahkan aktiviti pengaturcaraan, tetapi apakah itu? Jikalau anda mempunyai ’swiss army knife’ tetapi tidak tahu apa yang boleh dilakukannya selain memotong, anda berada dalam keadaan yang rugi. Rugi kerana tidak menggunakan IDE anda dengan sepenuhnya (50% pun oklah). Anda tidak perlu mengenali kesemua fungsi didalam IDE anda, setakat tahu apa yang anda mahu, itu pun memadai.
Sebuah IDE terdiri daripada:
- source code editor
- a compiler and/or an interpreter
- build automation tools
- a debugger (ataupun dalam BM, pengayahpijat)
Tertera diatas adalah kebolehan asas didalam sesebuah IDE. Terdapat banyak lagi kriteria yang digunakan untuk membandingkan sesuatu IDE, seperti berikut:
- profiler
- code coverage
- static code analysis
- autocomplete
- class browser
- dan pelbagai lagi..
Ciri-ciri yang dipilih oleh seseorang pengaturcara selalunya bergantung pada diri masing masing. Setiap pengaturacara adalah unik dan bukan semua pengaturcara dapat menyesuaikan diri pada IDE, melainkan terdapat sesuatu pada IDE tersebut yang harus digunakan untuk membangunkan jenis perisian tersebut, contohnya pembangunan perisian .NET pada Windows memerlukan Microsoft Visual Studio (walaupun terdapat alternatif seperti SharpDevelop – kebanyakan member yang test tak suka). Jika seluruh pasukan anda (5-10 orang) menggunakan Eclipse, kemungkinan besar anda terpaksa menggunakan Eclipse, kerana apabila pasukan anda membincangkan sesuatu dan menggunakan istilah yang hanya terdapat pada IDE tersebut, anda akan tersisih dan kekeliruan (ape bende derang cakap nih?)
IDE yang banyak digunakan oleh orang (yang selalu didengar oleh saya) adalah seperti berikut:
- Eclipse (juga terdapat PHPEclipse)
- Adobe Dreamweaver
- Netbeans
- beberapa lagi yang tak dapat saya ingati pada masa kini.
IDE yang saya gunakan adalah Komodo Edit. Dan saya mungkin akan beralih ke IDE lain jika ianya memenuhi kehendak saya didalam persekitaran pembangunan perisian saya (kadang-kadang setiap 6 bulan saya akan uji IDE baru).
Apa yang saya perlukan:
- Project View
- Multiple Tabs
- Code snippet, macro, etc
- Autocomplete (Code Intelligence)
- Class Browser
- Todo
- Code Folding
- Bookmark
- Brace matching
- Auto indentation
- Function list
- Regex-based find & replace (regular expression)
Tiada plugin untuk SVN, tiada option untuk terus muat naik (upload) ke server. Mengapa? Kenapa? Saya sudah mempunyai perisian untuk melakukan tugasan-tugasan berikut, TortoiseSVN dan Filezilla. “Tapi, kalau dalam IDE tak payah nak pegi tempat lain“, ya, mungkin benar tetapi saya cuba meminimakan apa yang sedang berjalan (running) dalam PC saya dan apabila perisian itu adalah ’standalone’, ia dapat melakukan tugasnya dengan lebih baik daripada ‘plugin‘. Kerana ia adalah ‘specialist‘ (atau pakar – hehe). Itu hanyalah saya, saya mempunyai sesuatu yang lebih saya suka daripada yang lain (preference).
Cuba dan eksperimen dengan persekitaran pembangunan perisian yang sesuai dengan jiwa dan keadaan anda. Jangan lupa untuk berkongsi dengan saya.
This entry was posted on Monday, August 24th, 2009 at 10:45 pm and is filed under Tip, programming. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
[...] Integrated Development Environment (IDE) – Sembang Programming [...]
August 26th, 2009 at 11:45 pm