Cengkerang Interaktif untuk PHP

Posted by mkhairul

Salah satu benda yang pertama sekali seorang pengaturcara jumpa apabila mencuba sesuatu bahasa pengaturcaraan adalah cengkerang interaktif (interactive shell). Kalau python, dia akan terus run shell ini apabila anda menaip python (itupun jika dah register pada System variables pada Windows kalau tidak, harus taip laluan penuhnya mungkin di C:\Python2.5\python.exe),

python_cmd

jika Perl anda perlu menaip arahannya iaitu perl -d -e 1.

perl_cmd

Tetapi, jika untuk PHP, saya menggunakan PHPInteractive (install di local sahaja, jangan install di server, merbahaya :D ). Aplikasi ini digunakan untuk memudahkan anda menguji idea baru dan sebagainya. Boleh ke function ini berbuat sebegini? cuba sahaja di PHPInteractive. Tetapi untuk menguji data didalam database, anda harus menaip semula connectionnya. Agak tidak sesuai (saya tak test database melalui phpinteractive, cuma function dan idea yang kurang pasti seperti menguji snippet yang diambil dari internet, fungsi recursive dan sebagainya).

phpinteractive

Apakah yang anda gunakan sebagai cengkerang interaktif anda?

This entry was posted on Thursday, August 27th, 2009 at 8:13 am and is filed under Tip. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Cengkerang Interaktif untuk PHP”

  1. kamal Says:

    $ php -a

    PHPInteractive pun guna juga tetapi sekarang lebih banyak php -a.

Leave a Comment