Manipulasi kandungan didalam elemen

Posted by mkhairul

Post kilat.. Katakan ada elemen macam ni..

<a href="#">Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer augue augue, 64GB-DDRAM scelerisque vitae convallis consequat, fringilla quis urna.</a>
<a href="#">Nullam consequat molestie metus, vel fermentum mauris molestie eu. Aenean ornare lectus quis turpis congue condimentum.</a>

Dan katakan pulak kandungan anchor ni kita takleh nak tukar awal-awal (dari service lain ataupun dari database). So, kita hanya boleh tukar bila page tu dah generate. Apa nak buat sekarang ialah nak letak 64GB-DDRAM atau perkataan seangkatan dengannya dalam elemen .

Guna javascript macam ni.. jangan lupa include jQuery!

$(document).ready(function(){
  pattern = new RegExp(/[A-Za-z0-9]*[-]+[A-Za-z0-9]*/)
  $('a').each(function(v){
    tmp = $(this).html().match(pattern);
    if(tmp)
    {
      str = $(this).html().replace(pattern, '<span class="something">' + tmp + '</span>');
      $(this).html(str);
    }
  })
})

Nak explain ke tak, aku rasa agak simple kod ni untuk difahami. Kalo ade soklan tanya la dalam comment.

Ni kita guna sihir regex sikit. Untuk cari pattern yang match 64GB-DDRAM. Nak cari pattern lain pun boleh, mahir-mahirkan lah diri dalam regex. Nanti leh jadi superhero macam ni..

REGEX HERO

Error apabila terdapat kod console.log di IE 7 dan 8

Posted by mkhairul

Platform utama aku untuk web development, sudah tentu si musang berapi, Firefox bersama dengan serangga setia dia (lipas atau kutu), Firebug. Jadi kadang-kadang aku terbawak bila guna console.log() ni ke IE 7 dan 8 (IE 9 ok, dia takde problem), tapi memang bagus pun pakai console.log() nih, senang nak menjalankan proses menyahpejat (debug). IE 7/8 ni tak suka bila ada pembolehubah yang terus pakai, yang tak assign apa apa. Undefined variable ni dia campak error.. nampak macam ni..

Kod problem dia lebih kurang gini,

// ... bla bla bla
console.log('jadi ke tak?')

$.functionPentingYangMestiRun();

Bila kat Firefox dan seangkatan dengannya, ok je benda ni. Function penting tu run. Tapi bila IE 7/8, dia stop! Dia campak error, pastu dia takmo run dah, setakat tu je.

Maka takmo la jadi macam tu, kena la letak condition.

if(window.console)
{
  console.log('jadi ke tak?');
}

// ataupun

if(typeof console != 'undefined')
{
  console.log('jadi ke tak?');
}

Tak pun letak console.log tu dalam function.

function habaq_kat_console(msg)
{
   if(window.console)
   {
      console.log(msg);
   }
}

// Bila nak pakai

habaq_kat_console('Tak leh la..');

Setakat ni saja.. ada lagi beberapa post dalam pipeline. Akan ku usahakan untuk post!

Lama menghilang..

Posted by mkhairul

Post terakhir adalah pada 4 bulan lepas. Agak lama juga tu. Kerjaya aku pun dah bertukar, dari jadi developer sekarang dah jadi web designer (tukar angin sikit). Banyak benda yang perlu dipelajari dimana perjalanan ini akan aku catitkan dan dikongsikan sebagai topik didalam sembang programming!

Mungkin post yang akan datang akan lebih menghala ke arah UX (User Experience) dan UI..

Form Validation: jQuery + CodeIgniter (validation engine codeigniter)

Posted by mkhairul

Post kali ni nak kasi demo sikit, form validation guna jQuery dan juga CodeIgniter. Komponen untuk server side,

Kali ni, kod overload. Kalau ada rasa loya-loya sikit bila tengok kod banyak sangat, sila undur ke belakang perlahan-lahan dan cari beg plastik sebagai persiapan untuk muntah, pastu teruskan membaca.

Untuk makluman semua, kod dibawah digunakan bersama dengan Validation Engine 1.6.3. Untuk version 2.0 ni, tak berapa pasti, tapi mengikut firasat aku, takde beza kot (nanti la aku test).

So kalau nak tengok demo untuk validation engine tu, gi la ke demo page dia.

Validation Engine
Plugin ni ada client-side validation, tapi aku ni, malas sikit nak buat client side validation ni kerana server-side validation kena buat jugak. Oleh kerana aku lebih suka meluangkan masa di reddit daripada buat client-side validation, aku buat server-side je lah.

Kalau nak buat client-side validation, kat site dia ada cerita, dalam docs tu dan bila invalid data, dia keluar pop-up macam ni,

Amacam? Menarik? Hehehe.

Oh, benda ni bukan limit pada codeigniter je, kalau php biasa pun leh guna. Sebab aku guna codeigniter, aku kasi spotlight la kat CodeIgniter. Hehehe.

Ok, first sekali kena set jquery form plugin.

var options = {
  beforeSubmit:  loading,  // pre-submit callback
  dataType: 'json',
  success: cleanup  // post-submit callback
};
$('#nama_form').ajaxForm(options);

Form dia, aku kasi contoh, gini la rupa dia

<?php echo form_open('register/create', array('id' => 'registration_form')); ?>
	<h3>Account Info</h3>
	<div>
		<label>Email Address<span class="required">*</span></label>
		<input type="text" class="email-address text" id="username" name="username" value="" />
		<span class="field_info">Type in your email address, an email will be sent afterwards</span>
	</div>
</form>

Ha, simple je. Pastukan, kita taruk ni pulak
Continue reading »

Mana post bulan ni?

Posted by mkhairul

Oleh kerana dah makin sibuk pada bulan ni. Post berbentuk pembelajaran dan tips dikurangkan. Post berbentuk pengalaman dan pencerminan diri. Woah, pencerminan.

Ada banyak draft berkaitan rounded corners, Node.js, HTML5, Checklist dalam pembikinan laman web dan lain lain. Jadi, terpaksa la korang tunggu ya. Bersabar, jadi macam beruang ni,

Datang la melawat gak, nanti saya post pengalaman dan pandangan ya. Hehehe.

Cheat Sheet untuk Blueprint CSS Framework

Posted by mkhairul

Cheat sheet terbaru untuk blueprintcss dah dikeluarkan. Aku ni pengguna setia framework ni. Memudahkan kerja, tak perlu fikir implementasi grid pada browser yang berlainan dan pelbagai lagi.

Cuma jenis font je sekarang ni citarasa dah agak berubah. Lebih gemar “baskerville,palatino,’palatino linotype’,georgia,serif” untuk Title dan Header text, macam website jontangerine.com.

Pembayang (watermark/input hint) pada input box

Posted by mkhairul

Kalau ada input box sahaja, tak banyak membantu. Kena ada pembayang, apa yang harus aku taip pada input box ni, label sahaja pun kadang-kadang tak membantu, kalau boleh, user ni nak kita pegang jari dia tolong tekan kan untuk dia. Tapi melampau la kan, kita pun ada kerja lain.. so kita beri pembayang, tentang apa yang perlu dimasukkan.

Contohnya, input box dibawah

Memang simple habis. Tapi kalau ditambah, “hint” dibawahnya, jadi gini pulak..

Ok la tu.. ada hint. Tapi disesetengah situasi, nak kena hint tu ada DALAM text box tu. Macam ni..

Ni dia panggil watermark. Aku pun tak pasti apsal dia panggil watermark, aku lagi suka “input hint” tapi ape-ape je lah.

Jadi, watermark tu digunakan seperti berikut..


Haaaaa.. tu dia. Nanti ko mesti pasti teriak, TAPI APSAL DIA MACAM BIASA JE, TAK KELABU PUN WATERMARK TU. Aku, kalau ada sebelah ko, aku pasti akan membuat look of disapproval.

ಠ_ಠ

Ye lah, ko tak apply CSS dia, macam mana dia nak jadi kelabu. So, taruk nih.

.watermark{ color: #999999 !important; font-style: italic; }

Yang ni aku implement dalam aplikasi aku.

Ha, gitu lah kisahnya watermark dan “input hint” untuk setakat ni. Pembayang ni takde hal nak letak mana pun, bawah ke, dalam ke, asalkan ada. Baru nampak “canggih” sket. Haha.

Takde la, kadang-kadang benda kecik ni orang tak perasan, tapi kalau ada, ianya membantu. Dan benda-benda kecik ni memang banyak (sikit kat situ, sikit kat sini) dan aku kategorikan sebagai “remeh”. Tapi tu la, remeh ni la yang buat aplikasi jadi best. Macam sikit-sikit jadi bukit gitu. IT ALL ADDS UP TO DA TOTAL USER EXPERIENCE (walaupun usernya aku sorang je). Ha.. jadi setakat ni saja semoga berjumpa lagi untuk bersembang di post yang akan datang.

Parameter dan argument

Posted by mkhairul

Parameter dan argument ni selalu diperkatakan atau disebut-sebut apabila berkaitan dengan function call, procedure call dan method seperti tiada perbezaan diantaranya. Tak salah pun, tapi dari segi teknikalnya, agak kurang tepat la. Perbezaannya pun kecil je, bagi aku no problem je.

Jadi, apakah perbezaannya?

Bila kita mendefinasikan sesuatu function, pembolehubah (variable) yang diperlukan oleh function tersebut dipanggil parameter. So kalau rakan sekerja tanya,

“Oi, khairul, function janganKacau tu macam mana nak guna?”

Kebarangkalian besar aku akan jawab, “Eh, ko boleh tak, RTFC? Ni sumber terbuka ok, ko leh tengok kod, aku bukannya compile pun kod aku.” Haha. RTFC tu.. read the fabulous comment. Aku ni suka komen-komen ni, tu yang aku tak berapa gemar sangat tengok tv, bila ditemuramah dia kata “no komen”. Kenapa kau tak komen?! Macam mana orang nak tau kalau kau tak komen!! Argh!

Ok, berbalik kat soalan tadi. Dalam situasi ideal aku akan jawab, “janganKacau tu perlukan dua parameter. ID isu kau dan database connection object”. Kalau dia tak paham gak, aku soh dia isi borang pi masuk U balik. Takde la, gurau je. Aku ajar la dia sebaik mungkin sambil massage tengkuk dia dan membisikkan kata-kata pujian yang indah ditelinganya seperti, “Pergh, laju ko taip.. terbaek!” ataupun “Wow, banyaknya shortcut ko tau, hebatlah”.

Ok, itu parameter, kalau argument pulak adalah bende-bende yang dihantar apabila sesuatu function dipanggil. Bende tu kalau bukan didalam situasi dimana ianya digunakan didalam panggilan function, ianya adalah variable biasa, kalau dia digunakan dalam panggilan function ianya adalah argument.

Haa.. gitu lah ceritanya. Sebenarnya tak penting pun. Tapi kalau jumpa semantic nazi ke ape ke.. paham-paham je la nape tiba-tiba wajah dia berubah bila parameter dan argument digunakan dengan tak betul.

Apakah itu $() didalam Javascript?

Posted by mkhairul

Bila kita dok guna javascript, selalu nampak $(‘.kelas’), dan sebagainya. Tapi apakah itu $() ?

Suatu hari sedang berlegar-legar di ruangan opis, rakan sekerja ku bertanya. Apa benda simbol dollar ni? Terkedu sikit aku. Rasa macam nak call Robert Langdon pun ada, symbologist terkenal, untuk meminta pertolongan beliau didalam hal ini, tapi sekretari dia kata dia takdak la pulak.

Aku pun buka almari ku yang berhabuk dan bersawang dengan sarang tarantula gergasi dimana bermulanya pertempuran sebegini. Ngeri bai. Nasib baik aku dapat belasah labah-labah tu, level up sikit.

Peristiwa aku menyerang raksasa..

Ok, terbabas ke gaung jalan cerita ni. Dimana ya? Oh, $(). $() ni selalu digunakan didalam Javascript Library dan orang menggelarnya Factory Function1. Sebenarnya bukan $(), cuma simbol $ yang dijadikan function sebab tu jadi $(). $ ni macam satu gudang besar yang misteri. Kita masukkan lembu kedalam gudang tu, dia keluarkan rendang daging. Masukkan ayam, keluar jadi KFC. Haaaa… misteri sungguh gudang ni.

So anyway, simbol ni cuma shorthand untuk library yang memakainya. Kalau kita buat gini,

$('.some-class')

maknanya kita hantar argument “.some-class” ke function $, dan katakan disituasi ni kita pakai jQuery, kita hantar “.some-class” ke jQuery dan mintak dia tolong proseskan dimana jQuery akan amik semua elemen yang berkelaskan “some-class”. Adeh, aku pun makin konpius la. Takpe, satu lagi contoh.. katakan aku buat library javascript nama dia janganKacau.js, tapi aku ni hipster sikit, takmo mainstream-mainstream ni, jadi aku nak guna simbol lain yang menyusahkan!

var ಠ_ಠ = function(s){
  alert('ish, jangan la kaco');
};

So, kacau disituasi ni, kita nak panggil semua elemen berkelaskan “some-class”, kita buat macam ni.

ಠ_ಠ('.some-class');

Ish, nak panggil library ni pun dia dah kerut kening dia dengan pandangan yang penuh dengan ketidakselesaan. Pastu kita diberitahu supaya jangan kacau dia. Ok, ok, sorry bro, wa tak kacau lu lagi.

1 Johnathan C. and Swedberg K., Learning jQuery, Packt Publishing, 2007.

Framework “shootout” dengan CodeIgniter?

Posted by mkhairul

PHP Meetup 2011 akan diadakan oleh ahli-ahli php.net.my, bertemakan framework “shootout”. Macam koboi la pulak. Tapi kalau aku jadi presenter, nak kena shootout dengan framework lain, memang aku surrender dulu la, bendera putihku akan berkibaran meluncur angkasa.

Kenapa aku mengaku kalah?

Kalau lawan CodeIgniter..
Dari segi features, Zend menang. Dari segi kepantasan menghasilkan suatu web app, aku rasa CakePHP menang dari segi OO, Symfony la kot.. apa lagi.. entah lah. Apa yang CodeIgniter ada? Very small footprint (tapak kaki kecil lagi comel?), low barrier to entry, elegant toolset dan juga dokumentasi yang komprehensif! Sukar untuk diukur dan dipertandingkan! Takkan nak tayang dokumentasi atas pentas!

Lihatlah kalian semua, betapa moleknya kod ni, dokumentasi ini, bacalah.. aku bagi masa 10 minit. Amacam? Komprehensif?

Mampuih aku kena tendang keluar pentas. Akan tetapi, untuk meetup kali ni aku akan mengaku kalah, sebab tak bersedia (bak kata orang, tactical retreat). Tapi meetup seterusnya, aku akan bersedia (mungkin la) untuk memperlihatkan.. API MEMBARA YANG BAKAL MENYINARI DAN MEMBAKAR KOD! KOOOODDD IGNIIIITEEEE!!! TEBABOOO (sambil menyalakan lighter didepan skrin).

*ahem* Terlebih sound effect pulak.

Oleh kerana tarikh tak confirm lagi, aku pun takleh nak kata gerenti datang. So kita tunggu dan lihat, aku update kalau dah ada tarikh confirm, kita tengok macam mana ya.